Sunday, January 20, 2008

work on sunday

got to work today.this morning internet down pulak.nasib baik sistem ok coz if not then banyak trouble lak.well, u know how people work under pressure.deal with user or customer is not an easy task.i experienced once, that was my first year tough. she was very rude n talk big (cakap besar) :) ...honestly,sikit lagi i nak nangis.she was my nightmare.
read this news bout lindsay...
Mabuk: Lohan dihukum lihat mayat
BAVERLY HILLS 19 Jan. – Pelakon sensasi Hollywood, Lindsay Lohan, 21, akan melawat rumah mayat Jun ini, sebagai sebahagian daripada hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

‘‘Dia akan ditontonkan dengan mayat-mayat. Kami ada 20 hingga 25 individu dalam satu kelas dan dia akan dilayan sepertimana orang lain,’’ kata Pembantu Koroner Wilayah Los Angeles, Ed Winter, semalam.

Di bawah program itu, pesalah akan menghabiskan masa selama empat jam melawat rumah mayat dan empat jam lagi di bilik kecemasan hospital bagi mendedahkan mereka tentang nasib pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Winter berkata, program lawatan ke rumah mayat itu merangkumi ‘‘lawatan ke bilik autopsi dan mereka termasuk Lohan akan dibawa melihat mayat-mayat di bilik bawah gereja.

Pejabat koroner berkenaan mengendalikan antara 20 hingga 30 pembedahan autopsi sehari.
‘‘Mereka akan melihat apa yang berlaku pada hari kejadian, sama ada mayat itu adalah mangsa pembunuhan atau bunuh diri, terlibat kemalangan atau mati secara semula jadi.
‘‘Lawatan itu bagi mendedahkan kepada mereka (pesalah) mengenai keadaan sebenar,’’ kata Winter.
Pada Ogos tahun lalu, Lohan mengaku bersalah atas dakwaan

No comments: